Nampaknya selepas ini sekitar 5,000 guru
dari 104 buah sekolah akan menjadi “bahan eksperimen” kepada sistem
waktu bekerja iaitu guru kerja 9 jam mulai Januari 2012 meliputi 4 negeri seperti Pahang, Melaka, Johor & Sarawak.
Pelaksanaan guru kerja 9 jam :
- Tempoh percubaan 6 bulan di Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak untuk diperhalusi Kementerian Pelajaran Malaysia
- Tempoh percubaan bagi waktu guru kerja 9 jam di sekolah terpilih itu akan dilaksanakan dua sesi iaitu 7.30 pagi hingga 4.30 petang dan 1.30 petang hingga 6.30 petang selama enam bulan.
Walaubagaimanapun Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) tidak bersetuju dengan pelaksanaan guru kerja 9 jam ini kerana :
- Mana-mana guru kerja 9 jam nanti dikhuatiri akan lebih tertekan selepas terpaksa mengikut perubahan waktu kerja baru ini yang akan menganggu tugas mereka di sekolah
- Pelaksanaan dasar guru kerja 9 jam sama seperti seperti penjawat awam lain di pejabat tidak boleh diguna pakai dalam pendidikan sekolah
- Guru ada banyak tugasnya. Mereka bukan sahaja pendidik malah guru juga dibebani dengan tugas perkeranian termasuk mengisi data dan sebagainya.
- Ada masanya guru terpaksa bertugas Sabtu dan Ahad untuk aktiviti badan beruniform, sukan dan kelas tambahan
Kami memang akui cabaran menjadi guru
sekarang tidak seperti dahulu. Dalam banyak-banyak point yang diberikan
NUTP, kami lebih tertarik kepada multitasking yang perlu guru lakukan
sekarang ini bukan setakat menjadi pendidik sahaja. Ya….memang benar,
boleh sahaja meminta guru-guru kerja 9 jam seperti penjawat awam yang
lain, tetapi apakah kualiti tumpuan yang mampu guru berikan sama seperti
sebelum daripada pengenalan pelaksanaan guru kerja 9 jam ini?
Kerana apa yang penting bagi kami adalah kualiti tumpuan guru semasa mengajar murid-muri di sekolah bukannya kuantiti yang ada.
Mungkin ada yang mengatakan mereka
adalah guru, jadi kenalah berkorban. Ya…benar sama sekali. Tetapi kita
jangan lupa mereka tetap manusia yang ada limitasi daripada segi tenaga
dan emosinya.
Akhirnya, seperti yang kami katakan tadi disebalik implementasi guru kerja 9 jam ini. Yang penting, prestasi & kualiti guru-guru ni boleh ditingkatkan bukan menjadikan mereka tertekan dan hilang tumpuan dalam tugas mereka.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar